SlideShare a Scribd company logo
Bincangkan tentang maksud ijtihad serta syarat-syarat 
dan kaedah-kaedah berijtihad dalam 
perundangan islam. Kaitkan perbincangan ini 
dengan contoh-contoh yang terdapat dalam 
muamalat kewangan islam.
 Bahasa : berasal daripada kata dasar ijtahada ( اجتهد ) yang 
bermaksud “menggunakan sepenuh tenaga dan bersungguh-sungguh 
terhadap sesuatu.” 
 Menurut pengertian Istilah membawa beberapa maksud, antaranya : 
a) Menurut ibn al-Hajib al-Maliki, ijtihad bermaksud ulama fiqh 
mencurah sepenuh kemampuan untuk mengeluarkan hukum 
syarak yang zanni. 
b) Imam al-Ghazzali: ijtihad bermaksud mujtahid mencurahkan 
penuh kesungguhannya untuk mencari ilmu berkaitan hukum 
syariat. 
c) Yusuf al-Qadrawi : ijtihad bermaksud menggunakan sepenuh daya 
upaya untuk memahami hukum syarak.
 Menurut pendapat jumhur ulama Usul al-Ahkam ialah : 
mencurahkan tenaga sebanyak mungkin untuk mendapatkan 
hukum syarak berbentuk amali dengan cara istinbat daripada 
dalil-dalil syarak. 
 Oleh itu, ijtihad ialah ahli fiqh mencurahkan ketekunan 
untuk mendapatkan hukum syarak daripada sesuatu dalil 
terperinci daripada dalil-dalil syariat. Lapangan ijtihad 
mestilah kejadian yang tiada nas syarak yang jelas tentang 
hukumnya. 
 Orang yang melakukan ijtihad dipanggil mujtahid. Jadi 
mujtahid adalah “Seorang yang faqih (mahir dalam ilmu 
fiqah) mencuba sedaya-upayanya untuk mengeluarkan 
hukum syarak yang praktikal dan berkesan dengan cara 
membuat kesimpulan daripada dalil-dalil syarie.”
 Sebagaimana firman Allah : 
    
 Maksudnya : Maka insaflah dan ambilah pelajaran 
(dari peristiwa itu) Wahai orang-orang Yang berakal 
fikiran serta celik mata hatinya. 
 
( surah al-Hasyr 59 :2) 
 Ayat tersebut menyuruh umat manusia mengambil 
pengajaran serta berfikir apa yang berlaku dalam 
kehidupan juga tentang umat sebelumnya, agar 
menjadi panduan untuk mereka.
 Melalui hadis pula, daripada ‘Amru bin al- 
‘Ash : 
 Maksudnya: Apabila seseorang hakim 
menghukum dengan berijtihad dan benar, 
dia mendapat dua pahala. Dan apabila 
seseorang hakim menghukum dengan 
berijtihad dan tersalah ia mendapat satu 
pahala.
Menguasai 
Bahasa Arab 
Mengetahui 
al-Quran 
Mengetahui 
al-sunnah 
Mengetahui 
ilmu Usul 
Fiqh 
Mengetahui 
Perkara Yang 
Diijmakkan. 
Mengetahui 
Maqasid 
syariah 
Orang yang 
layak 
berijtihad 
Adil dan 
bertakwa
Untuk berijtihad, seseorang mujtahid hendaklah mengikut 
dasar tertentu secara tertib, iaitu : 
1. Terlebih dahulu meneliti nas yang terkandung dalam al-quran 
kemudian Hadis Mutawatir juga Hadis Ahad dalam 
penetapan hukum. 
2. Sekiranya mujtahid tidak menemui nas yang menjelaskan 
hukum dalam al-quran dan al-sunnah, hendaklah berpegang 
zahir nas al-quran dan zahir hadis serta dapat diambil 
daripada keduanya yang mantuq dan mafhum. 
3. Sekiranya mujtahid tidak menemui hukum melalui kaedah 
tersebut, ia hendaklah meneliti segala perbuatan nabi, taqrir 
baginda, selepas itu berijtihad melalui al-qiyas berdasarkan 
‘illah atau sebabnya.
4. Sekiranya mujtahid tidak memperolehi hukum 
melalui kaedah ketiga , ia hendaklah berpegang 
pada Bara’ah Al-Asliyah. Selain itu, apabila 
mujtahid menemui dua dalil bertentangan, ia 
seharusnya terlebih dahulu menilai sudut kedua-duanya 
dapat diterima sebagai dalil hukum. Kerana 
berpegang terhadap kedua dalil lebih baik 
daripada meninggalkan salah satu daripadanya. 
5. Seterusnya, kiranya tidak mungkin dapat 
dikumpulkan kedua dalil yang bertentangan itu 
sebagai satu dalil hukum, mujtahid hendaklah 
istinbat hukum melalui tarjih atau menguatkan 
terhadap salah satu daripada keduanya.
Ijtihad dalam Muamalat Kewangan
 Contoh kontrak yang tidak terdapat sama ada dalam al-quran 
atau al-sunnah ialah kontrak bay’ al-wafa (jual beli 
bersyarat). Bay’ al-wafa merupakan akad jaminan yang 
dilaksanakan dalam bentuk jual beli. Dalam akad ini, 
kedua-dua pihak yang berakad mempunyai hak menuntut 
untuk memperolehi kembali tukaran masing-masing. 
 Maksudnya, apabila jual beli wafa berlaku, penjual 
mempunyai hak untuk menuntut kembali barangan yang 
dijualnya dengan membayar semula harga barang tersebut 
sepenuhnya kepada pembeli. 
 Dengan keharusan bay’ al-wafa, ia bukan sahaja 
menonjolkan kreativiti ulama fiqh dalam menyelesaikan 
keperluan masyarakat peniaga pada ketika itu, tetapi juga 
memperlihatkan peranan ulama fiqh dalam menangani isu-isu 
semasa berlandaskan proses ijtihad.
 Dalam konteks ijtihad, perkara yang tidak dapat dielakkan 
ialah munculnya percanggahan pendapat. Jika dirujuk 
kepada hukum bay’ al-wafa, terdapat pelbagai pandangan 
mazhab mengenainya. 
 
Mazhab Maliki, Hanbali dan mutaqaddimun (generasi awal) 
mazhab Hanafi dan Syafii berpandangan bay’ al-wafa tidak 
diharuskan kerana jual beli bukanlah maksud utama dalam 
akad bay’ al-wafa. Sebaliknya, tujuan utama adalah 
sebagai helah menghalalkan riba yang dilarang. 
 Generasi mutaaakhhirun (terkemudian) mazhab Hanafi dan 
Syafii telah mengharuskan bay’ al-wafa dengan alasan ia 
merupakan usaha untuk mengelakkan diri daripada 
terjebak dengan riba. Mereka mengharuskan kerana 
keperluan masyarakat yang mendesak dan telah menjadi 
‘urf masyarakat pada kebanyakan tempat.
 Musyarakah adalah perjanjian yang dimeterai antara 2 pihak atau 
lebih sebagai rakan kongsi untuk berkongsi modal dan keuntungan 
dalam sesuatu perniagaan atau perusahaan. Sekiranya 
perusahaan mengalami kerugian, maka pembahagian kerugian 
mestilah berdasarkan modal masing-masing yang diketengahkan. 
Tidak disyaratkan modal semua rakan kongsi sama jumlahnya. 
 Musyarakah mutanaqisah (perkongsian yang semakin berkurang) 
juga dikenali sebagai musyarakah muntahiah bitamlik 
(perkongsian yang diakhiri dengan pemilikan). Melalui konsep ini, 
bank dan pelanggannya berkongsi modal untuk mendapatkan 
sesuatu aset. Maka, pemilikan aset tersebut adalah ke atas kedua 
belah pihak. Aset tersebut akan menjadi milik penuh pelanggan 
apabila dia telah membayar kembali kesemua pembiayaan yang 
diketengahkan bank dalam tempoh masa yang ditetapkan secara 
berkala.
 Majlis Penasihat Syariah Bank Negara 
Malaysia dalam mesyuaratnya yang ke 53 
bertarikh 29 September 2005 telah 
memutuskan bahawa produk pembiayaan 
berasaskan kontrak musyarakah adalah 
dibenarkan selagi tiada elemen jaminan 
modal dan/atau keuntungan oleh rakan 
kongsi ke atas rakan kongsi yang lain.
 Keputusan tersebut adalah berdasarkan beberapa dalil 
keharusan musyarakah : 
 (i) Firman Allah menerusi Surah Saad : 24, 
  ���            
      
 Maksudnya : “...dan sesungguhnya kebanyakan dari orang 
yang bergaul itu, setengahnya berlaku zalim kepada 
setengahnya yang lain, kecuali orang yang beriman dan 
beramal soleh, sedang mereka amatlah sedikit...” 
 Perkataan’al-khulatha’ dalam ayat di atas membawa 
maksud perkongsian. Berdasarkan ayat di atas, musyarakah 
merupakan syariat lama yang tidak dimansuhkan. Amalan 
ini telah sedia ada sejak zaman Nabi Daud dan tidak 
ditegah oleh Nabi Muhammad SAW. Namun, musyarakah 
perlu dilaksanakan secara adil dan berlandaskan Syarak.
 Apabila Rasulullah SAW dilantik sebagai pesuruh 
Allah SWT, masyarakat Arab telah menjalankan 
mua`malah secara musyarakah dan Rasulullah 
SAW membenarkannya seperti sabda baginda: 
 “Pertolongan Allah SWT ke atas dua orang yang 
bersyarikat adalah selagi mana salah seorang 
daripada kedua-duanya tidak mengkhianati 
rakan kongsinya. Sekiranya salah seorang 
mengkhianati rakan kongsinya maka Allah SWT 
akan mengangkat pertolonganNya daripada 
kedua-duanya.”
 Secara umumnya, ulama bersependapat 
dalam mengharuskan syarikat atau 
musyarakah, walaupun mereka berselisih 
pendapat mengenai jenis-jenis musyarakah 
yang dibenarkan.
TERIMA KASIH..

More Related Content

Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

  • 1. Bincangkan tentang maksud ijtihad serta syarat-syarat dan kaedah-kaedah berijtihad dalam perundangan islam. Kaitkan perbincangan ini dengan contoh-contoh yang terdapat dalam muamalat kewangan islam.
  • 2.  Bahasa : berasal daripada kata dasar ijtahada ( اجتهد ) yang bermaksud “menggunakan sepenuh tenaga dan bersungguh-sungguh terhadap sesuatu.”  Menurut pengertian Istilah membawa beberapa maksud, antaranya : a) Menurut ibn al-Hajib al-Maliki, ijtihad bermaksud ulama fiqh mencurah sepenuh kemampuan untuk mengeluarkan hukum syarak yang zanni. b) Imam al-Ghazzali: ijtihad bermaksud mujtahid mencurahkan penuh kesungguhannya untuk mencari ilmu berkaitan hukum syariat. c) Yusuf al-Qadrawi : ijtihad bermaksud menggunakan sepenuh daya upaya untuk memahami hukum syarak.
  • 3.  Menurut pendapat jumhur ulama Usul al-Ahkam ialah : mencurahkan tenaga sebanyak mungkin untuk mendapatkan hukum syarak berbentuk amali dengan cara istinbat daripada dalil-dalil syarak.  Oleh itu, ijtihad ialah ahli fiqh mencurahkan ketekunan untuk mendapatkan hukum syarak daripada sesuatu dalil terperinci daripada dalil-dalil syariat. Lapangan ijtihad mestilah kejadian yang tiada nas syarak yang jelas tentang hukumnya.  Orang yang melakukan ijtihad dipanggil mujtahid. Jadi mujtahid adalah “Seorang yang faqih (mahir dalam ilmu fiqah) mencuba sedaya-upayanya untuk mengeluarkan hukum syarak yang praktikal dan berkesan dengan cara membuat kesimpulan daripada dalil-dalil syarie.”
  • 4.  Sebagaimana firman Allah :      Maksudnya : Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) Wahai orang-orang Yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.  ( surah al-Hasyr 59 :2)  Ayat tersebut menyuruh umat manusia mengambil pengajaran serta berfikir apa yang berlaku dalam kehidupan juga tentang umat sebelumnya, agar menjadi panduan untuk mereka.
  • 5.  Melalui hadis pula, daripada ‘Amru bin al- ‘Ash :  Maksudnya: Apabila seseorang hakim menghukum dengan berijtihad dan benar, dia mendapat dua pahala. Dan apabila seseorang hakim menghukum dengan berijtihad dan tersalah ia mendapat satu pahala.
  • 6. Menguasai Bahasa Arab Mengetahui al-Quran Mengetahui al-sunnah Mengetahui ilmu Usul Fiqh Mengetahui Perkara Yang Diijmakkan. Mengetahui Maqasid syariah Orang yang layak berijtihad Adil dan bertakwa
  • 7. Untuk berijtihad, seseorang mujtahid hendaklah mengikut dasar tertentu secara tertib, iaitu : 1. Terlebih dahulu meneliti nas yang terkandung dalam al-quran kemudian Hadis Mutawatir juga Hadis Ahad dalam penetapan hukum. 2. Sekiranya mujtahid tidak menemui nas yang menjelaskan hukum dalam al-quran dan al-sunnah, hendaklah berpegang zahir nas al-quran dan zahir hadis serta dapat diambil daripada keduanya yang mantuq dan mafhum. 3. Sekiranya mujtahid tidak menemui hukum melalui kaedah tersebut, ia hendaklah meneliti segala perbuatan nabi, taqrir baginda, selepas itu berijtihad melalui al-qiyas berdasarkan ‘illah atau sebabnya.
  • 8. 4. Sekiranya mujtahid tidak memperolehi hukum melalui kaedah ketiga , ia hendaklah berpegang pada Bara’ah Al-Asliyah. Selain itu, apabila mujtahid menemui dua dalil bertentangan, ia seharusnya terlebih dahulu menilai sudut kedua-duanya dapat diterima sebagai dalil hukum. Kerana berpegang terhadap kedua dalil lebih baik daripada meninggalkan salah satu daripadanya. 5. Seterusnya, kiranya tidak mungkin dapat dikumpulkan kedua dalil yang bertentangan itu sebagai satu dalil hukum, mujtahid hendaklah istinbat hukum melalui tarjih atau menguatkan terhadap salah satu daripada keduanya.
  • 10.  Contoh kontrak yang tidak terdapat sama ada dalam al-quran atau al-sunnah ialah kontrak bay’ al-wafa (jual beli bersyarat). Bay’ al-wafa merupakan akad jaminan yang dilaksanakan dalam bentuk jual beli. Dalam akad ini, kedua-dua pihak yang berakad mempunyai hak menuntut untuk memperolehi kembali tukaran masing-masing.  Maksudnya, apabila jual beli wafa berlaku, penjual mempunyai hak untuk menuntut kembali barangan yang dijualnya dengan membayar semula harga barang tersebut sepenuhnya kepada pembeli.  Dengan keharusan bay’ al-wafa, ia bukan sahaja menonjolkan kreativiti ulama fiqh dalam menyelesaikan keperluan masyarakat peniaga pada ketika itu, tetapi juga memperlihatkan peranan ulama fiqh dalam menangani isu-isu semasa berlandaskan proses ijtihad.
  • 11.  Dalam konteks ijtihad, perkara yang tidak dapat dielakkan ialah munculnya percanggahan pendapat. Jika dirujuk kepada hukum bay’ al-wafa, terdapat pelbagai pandangan mazhab mengenainya.  Mazhab Maliki, Hanbali dan mutaqaddimun (generasi awal) mazhab Hanafi dan Syafii berpandangan bay’ al-wafa tidak diharuskan kerana jual beli bukanlah maksud utama dalam akad bay’ al-wafa. Sebaliknya, tujuan utama adalah sebagai helah menghalalkan riba yang dilarang.  Generasi mutaaakhhirun (terkemudian) mazhab Hanafi dan Syafii telah mengharuskan bay’ al-wafa dengan alasan ia merupakan usaha untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan riba. Mereka mengharuskan kerana keperluan masyarakat yang mendesak dan telah menjadi ‘urf masyarakat pada kebanyakan tempat.
  • 12.  Musyarakah adalah perjanjian yang dimeterai antara 2 pihak atau lebih sebagai rakan kongsi untuk berkongsi modal dan keuntungan dalam sesuatu perniagaan atau perusahaan. Sekiranya perusahaan mengalami kerugian, maka pembahagian kerugian mestilah berdasarkan modal masing-masing yang diketengahkan. Tidak disyaratkan modal semua rakan kongsi sama jumlahnya.  Musyarakah mutanaqisah (perkongsian yang semakin berkurang) juga dikenali sebagai musyarakah muntahiah bitamlik (perkongsian yang diakhiri dengan pemilikan). Melalui konsep ini, bank dan pelanggannya berkongsi modal untuk mendapatkan sesuatu aset. Maka, pemilikan aset tersebut adalah ke atas kedua belah pihak. Aset tersebut akan menjadi milik penuh pelanggan apabila dia telah membayar kembali kesemua pembiayaan yang diketengahkan bank dalam tempoh masa yang ditetapkan secara berkala.
  • 13.  Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dalam mesyuaratnya yang ke 53 bertarikh 29 September 2005 telah memutuskan bahawa produk pembiayaan berasaskan kontrak musyarakah adalah dibenarkan selagi tiada elemen jaminan modal dan/atau keuntungan oleh rakan kongsi ke atas rakan kongsi yang lain.
  • 14.  Keputusan tersebut adalah berdasarkan beberapa dalil keharusan musyarakah :  (i) Firman Allah menerusi Surah Saad : 24,                      Maksudnya : “...dan sesungguhnya kebanyakan dari orang yang bergaul itu, setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, sedang mereka amatlah sedikit...”  Perkataan’al-khulatha’ dalam ayat di atas membawa maksud perkongsian. Berdasarkan ayat di atas, musyarakah merupakan syariat lama yang tidak dimansuhkan. Amalan ini telah sedia ada sejak zaman Nabi Daud dan tidak ditegah oleh Nabi Muhammad SAW. Namun, musyarakah perlu dilaksanakan secara adil dan berlandaskan Syarak.
  • 15.  Apabila Rasulullah SAW dilantik sebagai pesuruh Allah SWT, masyarakat Arab telah menjalankan mua`malah secara musyarakah dan Rasulullah SAW membenarkannya seperti sabda baginda:  “Pertolongan Allah SWT ke atas dua orang yang bersyarikat adalah selagi mana salah seorang daripada kedua-duanya tidak mengkhianati rakan kongsinya. Sekiranya salah seorang mengkhianati rakan kongsinya maka Allah SWT akan mengangkat pertolonganNya daripada kedua-duanya.”
  • 16.  Secara umumnya, ulama bersependapat dalam mengharuskan syarikat atau musyarakah, walaupun mereka berselisih pendapat mengenai jenis-jenis musyarakah yang dibenarkan.