Pergi ke kandungan

Presiden Parti Islam Se-Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia
Penyandang
Abdul Hadi Awang
sejak 14 September 2003
Anggota bagiJawatankuasa Kerja PAS Pusat Sunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaParti Islam Se-Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata
InstitusiParti Islam Se-Malaysia dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sunting nilai ini di Wikidata
Dilantik olehMuktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Tempoh jawatan2 tahun Sunting ini di Wikidata
Dibentuk1951
Pemegang pertamaAhmad Fuad Hassan (Sebagai Yang Dipertua PAS)
Timbalan/naibTimbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Presiden PAS merujuk kepada jawatan eksekutif tertinggi dalam Parti Islam Se-Malaysia. PAS adalah sebuah parti politik dan gerakan Islam di Malaysia. Presiden pertama PAS ialah Ustaz Ahmad Fuad Hassan.

Jawatan ketua eksekutif PAS ini pada awalnya dikenali sebagai “Yang Dipertua PAS” sejak penubuhan PAS pada 1951, tetapi ekoran tumbuhnya cawangan-cawangan PAS mulai 1952, di mana ketua cawangan (sekarang kawasan) juga dikenali sebagai Yang Dipertua PAS, maka Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kedua pada 26-27 Ogos 1953 telah memutuskan bahawa jawatan ini dikenali sebagai “Yang Dipertua Agung PAS.”

Pada 1971, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad pernah mencadangkan jawatan Yang Dipertua Agung PAS ditukar kepada “Ketua Pimpinan PAS,” tetapi ditolak oleh Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PAS 1971, yang menyebabkan nama asal terus digunakan sehingga 1987. Pindaan Perlembagaan PAS pada 1987 telah mengubah nama jawatan Yang Dipertua Agung PAS kepada “Yang Dipertua PAS Pusat,” sebelum ia dikenali sebagai “Presiden PAS” mulai 1993[1].

Tugas-tugas Presiden

[sunting | sunting sumber]

Presiden mempunyai beberapa tugas sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan PAS[2], antaranya perlu bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan mengikut dasar yang diperuntukannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya; bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat; melantik Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihan Raya dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik serta Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri/Wilayah Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat; mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing; dan menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Presiden juga berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan PAS[3].

Gelaran Nama Tempoh perkhidmatan Timbalan Presiden Tempoh perkhidmatan
Yang Dipertua PAS (1951-1953) Ahmad Fuad bin Hassan 1951 - 1953 Muhammad Ghazali bin Abdullah 1951 - 1953
Mansor Hassan JP 1953
Abbas bin Alias 1953
Yang Dipertua Agung PAS (1953-1987) Abbas bin Alias 1953 - 1956 Ahmad bin Awang 1954 - 1956
Burhanuddin al-Helmi 1956 - 1965 Zulkifli bin Muhammad 1956 - 1964
Mohd Asri bin Muda [4] 1965 - 1966 Mohd Asri bin Muda 1966 - 1969
Burhanuddin al-Helmi 1966 - 1969
Mohd Asri bin Muda 1969 - 1982 Hassan Adli bin Mohd Arshad 1969 - 1977
Abu Bakar bin Umar 1977 - 1981
Yusuf Abdullah Rawa 1981 - 1982
Yusuf Abdullah Rawa 1982 - 1989 Fadzil bin Mohd Noor 1982 - 1989
Yang Dipertua PAS Pusat (1987-1993)
Fadzil bin Mohd Noor 1989 - 2002 Abdul Hadi bin Awang 1989 - 2002
Presiden PAS (1993-kini)
Abdul Hadi bin Awang 2002 - kini kosong 2002 - 2003
Hassan bin Shukri 2003 - 2005
Nasharudin bin Mat Isa 2005 - 2011
Mohamad bin Sabu 2011 - 2015
Tuan Ibrahim bin Tuan Man 2015 - kini
  1. ^ Mohd Fadli Ghani (14 Januari 2018). "Presiden PAS: Ketua Eksekutif Yang Melaksanakan Dasar PAS". Ensiklopedia Harian PAS. Dicapai pada 29 September 2021.
  2. ^ Fasal 26 (1), Perlembagaan PAS
  3. ^ Fasal 76 (2)(a) Perlembagaan PAS
  4. ^ Pemangku ketika Dr Burhanuddin ditahan ISA