Pergi ke kandungan

Itaewon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Itaewon
Transkripsi Korea
 • Hangul
 • Hanja
 • Perumian SemakanItaewon
 • McCune–ReischauerIt'aewŏn
Itaewon is located in Bumi
Itaewon
Itaewon (Bumi)
Koordinat: 37°32′N 126°59′E / 37.533°N 126.983°E / 37.533; 126.983Koordinat: 37°32′N 126°59′E / 37.533°N 126.983°E / 37.533; 126.983
NegaraKorea Selatan
KawasanSeoul
Itaewon
Hangul이태원동
Hanja
Perumian SemakanItaewon-dong
McCune–ReischauerIt'aewŏn-dong

Itaewon ialah sebuah kawasan (ding dong) yang terletak di daerah Yongsan-gu di Seoul, ibu kota Korea Selatan. Sekitar 22 ribu orang tinggal di Itaewon. Itaewon sangat terkenal dalam kalangan pelancong dan ekspatriat, termasuk kakitangan tentera Amerika yang bertugas di Korea Selatan.[1] Banyak restoran antarabangsa yang dibuka oleh golongan imigran di Itaewon seperti dari India, Thailand, Timur Tengah dan Mexico. Di Itaewon, terdapat juga Masjid Pusat Seoul, masjid terbesar di Korea Selatan.

[sunting | sunting sumber]

Duo hip hop UV terdiri daripada penyanyi Korea, JYP (Park Jin-young) dan Yoo Se-yoon mengeluarkan lagu "Itaewon Freedom" pada April 2011.[2] Tajuk serta lagu itu membayangkan serta meraikan persepsi umum Korea tentang keterbukaan Itaewon berbanding dengan budaya Korea konvensional yang lebih konservatif.[3] Populariti lagu dan video muziknya mengilhamkan lagu parodi dan video daripada kumpulan gadis Crayon Pop pada 2013. Kedua-dua video itu sebahagiannya dirakam di kawasan Itaewon.[4] Selain itu, drama Korea 2020, Itaewon Class berlatarkan Itaewon.[5]

  1. ^ Lai, Ah Eng; Collins, Francis Leo; Yeoh, Brenda S. A. (2013). Migration and Diversity in Asian Contexts. ISBN 9789814380478.
  2. ^ "[New Releases] UV". Korea JoongAng Daily.
  3. ^ Kim, Chan-hee (2011). "The Cultural Identity of Itaewon" (PDF). Yonsei University. Dicapai pada 3 October 2018.
  4. ^ "Crayon Pop takes to the streets for parody MV of 'Itaewon Freedom'".
  5. ^ Choi, Ji-won (January 30, 2020). "Park Seo-joon to show perfect sync with original webcomic in 'Itaewon Class'". The Korea Herald. Dicapai pada February 7, 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]