Pergi ke kandungan

Abjad Vietnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abjad Vietnam (Vietnam: Chữ Quốc Ngữ, "tulisan bahasa kebangsaan") merupakan cabang abjad Rumi yang dikhususkan untuk Bahasa Vietnam.

Abjad ini dikembangkan berdasarkan pengejaan bahasa-bahasa Romawi terutamanya bahasa Portugis[1] oleh Francisco de Pina, seorang mubaligh Jesuit dan Alexandre de Rhodes dalam kamus Dictionarium Annamiticum Lusitanum et Latinum tahun 1651.[2][3] Ia pada mulanya dikembangkan dalam kalangan masyarakat penganut Gereja Katolik Rom selama 200 tahun,[4][5] ia diteruskan lanjut pihak penjajah Perancis malah digalakkan dari Maharaja-Maharaja dinaungi yang memerintah Vietnam pada ketika itu;[6][7] Maharaja Khải Định sendiri mengisytiharkan pemansuhan sistem Chữ Nôm beralih kepada perumian baru ini pada tahun 1918.[8]

Huruf-huruf

[sunting | sunting sumber]

Abjad ini mempunyai 29 huruf seperti berikut, dalam urutan betul:

A Ă Â B C D Đ E Ê G H I K L M N O Ô Ơ P Q R S T U Ư V X Y
a ă â b c d đ e ê g h i k l m n o ô ơ p q r s t u ư v x y

Bahasa Vietnam juga menggunakan sepuluh dwihuruf dan satu trihuruf seperti berikut.

CH GH GI KH NG NGH NH PH QU TH TR

Dwihuruf-dwihuruf dan trihuruf ini pernah dianggap sebagai huruf tunggal dan seseorang boleh menjumpainya dalam kamus-kamus lama. Kini dwihuruf dan trihuruf ini bukan lagi dijadikan huruf tunggal untuk tujuan urutan; jadi, contohnya, "CH" diurut antara "CA" dan "CO" dalam kamus-kamus terkini.

Huruf-huruf "F", "J", "W" dan "Z" bukan sebahagian abjad Vietman, namun digunakan dalam kata pinjaman. "W" kadang-kala digunakan menggantikan tempat "Ư" dalam singkatan. Dalam penulisan tidak formal, "W", "F", dan "J" kadang-kala dijadikan trengkas masing-masing untuk "QU", "PH", dan "GI".

Nama-nama huruf dan sebutannya

[sunting | sunting sumber]
Abjad Vietnam
Huruf Nama IPA
A a a
Ă ă á a
 â ə, ɜ
B b bê, bờ ɓ, ʔb
C c xê, cờ k
D d dê, dờ z, sebutan loghat selatan: j
Đ đ đê, đờ ɗ, ʔd
E e e ɛ
Ê ê ê e
(F) (f) ép
G g giê, gờ ɣ
ʒ(sebelum i, ê, dan e)
H h hắt, hờ h
I i i ngắn i
(J) (j) ri
K k ca, kờ k
L l e-lờ, lờ l
M m em-mờ, mờ m
N n en-nờ, nờ n
O o o ɔ
Ô ô ô o
Ơ ơ ơ əː, ɜː
P p pê, pờ p
Q q cu, quy, quờ k
R r e-rờ, rờ z, sebutan loghat selatan: ʐ, ɹ
S s ét-sì, sờ s, sebutan loghat selatan: ʂ
T t tê, tờ t
U u u u
Ư ư ư ɯ
V v vê, vờ v, sebutan loghat selatan: j
(W) (w) vê kép, vê-đúp
X x ích-xì, xờ s
Y y i dài, i-cờ-rét i
(Z) (z) giét

Tanda nada

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Vietnam adalah bahasa bernada, iaitu erti setiap perkataan bergantung kepada "nadanya" (pokoknya suatu corak nada suara dan pengglotisan tertentu) apabila disebut. Terdapat enam nada yang berbeza; yang pertama ("nada rata") tidak bertanda, sementara lima yang lain ditandai oleh tanda baca diakritik pada bahagian bunyi vokal suku kata.

Nada Diakritik Bunyi vokal berdiakritik Huraian
Ngang (Rata) Tiada A/a Ă/ă Â/â E/e Ê/ê I/i O/o Ô/ô Ơ/ơ U/u Ư/ư Y/y suara rata di paras tengah suara
Huyền (Turun) Graf À/à Ằ/ằ Ầ/ầ È/è Ề/ề Ì/ì Ò/ò Ồ/ồ Ờ/ờ Ù/ù Ừ/ừ Ỳ/ỳ mula di paras agak rendah dan turunkan sedikit nada
Sắc (Naik) Tirus Á/á Ắ/ắ Ấ/ấ É/é Ế/ế Í/í Ó/ó Ố/ố Ớ/ớ Ú/ú Ứ/ứ Ý/ý mula di paras agak tinggi dan naikkan nada dengan mendadak
Hỏi (Turun-naik) Cangkuk Ả/ả Ẳ/ẳ Ẩ/ẩ Ẻ/ẻ Ể/ể Ỉ/ỉ Ỏ/ỏ Ổ/ổ Ở/ở Ủ/ủ Ử/ử Ỷ/ỷ mula di paras agak rendah, turunkan nada, dan naikkan nada
Ngã (Naik berhamzah) Tilde Ã/ã Ẵ/ẵ Ẫ/ẫ Ẽ/ẽ Ễ/ễ Ĩ/ĩ Õ/õ Ỗ/ỗ Ỡ/ỡ Ũ/ũ Ữ/ữ Ỹ/ỹ mula di paras tinggi, kemudian turunkan dan naikkan kembali nada
Nặng (Turun berhamzah) Titik di bawah Ạ/ạ Ặ/ặ Ậ/ậ Ẹ/ẹ Ệ/ệ Ị/ị Ọ/ọ Ộ/ộ Ợ/ợ Ụ/ụ Ự/ự Ỵ/ỵ mula di paras rendah dan terus turunkan nadanya

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Chữ Nôm, sistem lama berasaskan aksara Cina untuk menulis bahasa Vietnam sebelum ini.
  1. ^ Haudricourt, André-Georges. (2010). "The Origin of the Peculiarities of the Vietnamese Alphabet". Mon-Khmer Studies. 39: 89–104, diterjemahkan daripada Haudricourt, André-Georges (1949). "L'origine Des Particularités de L'alphabet Vietnamien". Dân Viêt-Nam. 3: 61–68. templatestyles stripmarker in |postscript= at position 26 (bantuan)CS1 maint: postscript (link)
  2. ^ Jacques, Roland (2002). Portuguese Pioneers of Vietnamese Linguistics Prior to 1650 – Pionniers Portugais de la Linguistique Vietnamienne Jusqu'en 1650 (dalam bahasa Inggeris dan Perancis). Bangkok, Thailand: Orchid Press. ISBN 974-8304-77-9.
  3. ^ Tran, Anh Q. (October 2018). "The Historiography of the Jesuits in Vietnam: 1615–1773 and 1957–2007". Jesuit Historiography Online. Brill.
  4. ^ Li 2020, m/s. 106.
  5. ^ Ostrowski, Brian Eugene (2010). "The Rise of Christian Nôm Literature in Seventeenth-Century Vietnam: Fusing European Content and Local Expression". Dalam Wilcox, Wynn (penyunting). Vietnam and the West: New Approaches. Ithaca, New York: SEAP Publications, Cornell university Press. m/s. 23, 38. ISBN 9780877277828.
  6. ^ Nguyễn Quang Duy (12 September 2018). "Quốc ngữ và nỗ lực 'thoát Hán' của các vua nhà Nguyễn" (dalam bahasa Vietnam). Người Việt Daily News. Dicapai pada 15 September 2021.
  7. ^ Nguyễn Quang Duy (12 September 2018). "Quốc ngữ và nỗ lực 'thoát Hán' của các vua nhà Nguyễn" (dalam bahasa Vietnam). Người Việt Daily News. Dicapai pada 15 September 2021.
  8. ^ Nguyên Tùng. "Langues, écritures et littératures au Viêt-nam". Aséanie, Sciences humaines en Asie du Sud-Est (dalam bahasa Perancis). 2000 (5): 135–149.
Sumber utama
  • Li, Yu (2020). The Chinese Writing System in Asia: An Interdisciplinary Perspective. Routledge. ISBN 978-1-00-069906-7.