Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Firefox lwn Google Chrome

Tetapan privasi lalai bagi Firefox adalah lebih mantap berbanding Chrome – selain kami juga ada ciri-ciri tambahan untuk mencegah laman web daripada menjejak anda seperti perlindungan cap jari, selain penambahan kepada penyekat iklan.

Secara lalainya, kami memang menyekat penjejak. Tapi sebaliknya bagi Chrome.

Malah, secara lalai, Chrome memantau pelayaran dan aktiviti anda agar mereka dapat mengenal pasti "topik iklan" untuk menghantar lebih banyak iklan bersasar kepada anda. Anda boleh menyekat sebanyak tiga topik tetapi anda tidak dapat menyekat mereka mengenal pasti lain-lain topik iklan untuk anda. sumber

Chrome membenarkan laman web untuk mengumpul maklumat tentang anda agar mereka mampu mencadangkan iklan. Anda boleh menyekat sesetengah laman web daripada mencadangkan anda iklan namun anda tidak boleh menghentikan pengumpulan data atau cadangan daripada lain-lain laman web. sumber

Pada hakikatnya, Google menjalankan perniagaan jaringan pengiklanan terbesar di dunia dan Chrome adalah sebahagian daripada komponen itu.

Apabila pemegang saham tidak menjadi kepentingan kami, kami mampu memberi fokus kepada keceriaan anda selain mengutamakan privasi dan keselesaan.

Mudah sekali untuk bertukar

Bertukar kepada Firefox amat mudah dan pantas — import penanda buku, kata laluan, sejarah dan kegemaran Chrome hanya dengan satu klik dan Firefox sudah sedia untuk digunakan. Ketahui bagaimana bertukar daripada Chrome ke Firefox.